Program yang diusahakan bersama oleh Jabatan Jualan dan Pemasaran, Koordinator Program serta pihak sekolah ini diharap akan dapat membakar semangat pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran. Program sebegini juga diharap dapat memberi maklumat dengan lebih tepat dan juga memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pelbagai soalan tentang dunia sains dan perubatan.
Pihak Pengurusan AUCMS amat berbesar hati menerima kunjungan kumpulan pelajar yang diiringi oleh 8 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Di harap pelajar-pelajar tersebut mendapat manfaat dari lawatan ini dan akan kembali lagi di masa akan datang. Kepada pelajar, semua warga AUCMS mengucapkan selamat berjaya.
{AG thumbWidth="80" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="date" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="1" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="100" albumUse="0" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="fancybox"}lawatanskppauh{/AG}

