Antara penyampai tazkirah yang pernah bertamu di AUCMS adalah Ustaz Mohamad Fuad B. Md. Isa, Penolong Pengurus Besar, Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Beliau menyampaikan tazkirah bagi bulan Mei 2011. Turut dijemput Ustaz Anuar Hakim Bib Mohd Salleh bagi menyampaikan tazkirah pada bulan Jun dan Ustaz Muhammad Imran Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang bagi menyampaikan tazkirah pada bulan Julai baru-baru ini. Paling istemewa pada Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Dewan Millenium baru-baru ini para tetamu telah berkesempatan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, pensyarah Universiti Sains Malaysia dan Dr. Juanda Jaya, Mufti Negeri Perlis.
Diharapkan amalan tazkirah atau peringatan ringkas ini berterusan dan menjadi budaya hidup semua warga AUCMS. Semoga semua warga AUCMS terutamanya pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi dari kolej universiti ini bagi memajukan keluarga dan masyarakat secara amnya.
{yoogallery src=[/images/stories/tazkirah/] width=[100]}

