WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Lawatan Pasukan Bolasepak AUCMS Ke Alor Setar.

Print
254
Kelab Bolasepak AUCMS yang sejak ditubuhkan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab dan seterusnya melatih mereka menjadi pemain bolasepak yang lebih baik. Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah lawatan sambil belajar ke luar kampus. Baru-baru ini buat  julung kalinya kelab telah menganjurkan lawatan ke Alor Setar. Dalam rangka lawatan sehari ini, ahli kelab telah dibawa melawat ke Muzium Padi di Alor Setar, Kedah dan ke Muzium Diraja Kedah yang terletak berhadapan dengan Masjid Zahir.

Perjalanan ke Alor Setar bermula pada pukul  8 pagi dari Waziria Medical Square, Kepala Batas. Setelah bersarapan di kawasan Rawat &Rehat di Gurun ahli kelab terus dibawa melawat Muzium Padi di Alor Setar. Kemudian mereka menyusur  ke  Muzium Diraja berhadapan Masjid Zahir Alor Setar.

Di sebelah petangnya pula ahli kelab singgah di Staduim Darulaman, Jitra bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan barisan pemain Kedah Football Association (KFA). Pihak KFA pada petang itu telah menurunkan pemain yang terdiri dari pemain skuad yang lebih berpengalaman. Peluang berhadapan dengan  pemain bertaraf tinggi merupakan peluang keemasan bagi ahli Kelab Bolasepak AUCMS kerana dapat menimba pengalaman bermain dengan corak serangan dan pertahanan yang berbeza.

Walaupun tewas, kenangan bermain di Jitra antara pengalaman yang menjadi kenangan bagi pasukan ini. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan di atas kerjasama dan sokongan kepada Kelab Bolasepak AUCMS.
Artikel dari Mohamad Taufik.
{yoogallery src=[/images/stories/bolaas/] width=[100]}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -