WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Perlawanan Bolasepak AUCMS Dengan USM

Print
DSC_0107Baru-baru ini pasukan bolasepak  Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) telah bertandang ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengadakan perlawanan bolasepak. Perlawanan ini adalah salah satu perlawanan dalam siri latihan pasukan AUCMS pada tahun 2011. Siri latihan diadakan sebagai persiapan pasukan yang bercadang untuk menyertai Liga Bolasepak IPT bagi tahun 2012/13.

Perlawanan bermula sebaik saja wisel ditiup pada jam 5.45 petang. Pasukan USM dibarisi dengan pemain-pemain yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang tinggi. Tidak menghairankan mereka banyak menguasai permainan secara keseluruhan. Pasukan AUCMS walau bagaimanapun berjaya memberi cabaran kepada pasukan USM dengan membuat beberapa serang balas ke kubu USM. Malah penyerang AUCMS mampu membuat beberapa percubaan tepat ke gawang lawan.

Namun, dengan pengalaman dan kemahiran yang ketara lebih jauh dari pasukan AUCMS, pasukan USM telah menundukkan pasukan AUCMS. Keputusan separuh masa pertama, pasukan USM 2, AUCMS 0. Setelah perlawanan bersambung di babak kedua, pasukan USM menambah 3 lagi gol menjadikan keputusan akhir 5-0 memihak kepada USM.
{yoogallery src=[/images/stories/bolausm/] width=[100]}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -