.
Selain dari program diploma dalam bidang perubatan dan sains kesihatan, pihak AUCMS juga memaklumkan kepada ahli Akademi Bolasepak KFA tentang Fakulti Sains Sukan serta diploma sains sukan yang bakal ditawarkan oleh AUCMS tidak lama lagi. Setelah mendengar taklimat, mereka kemudian dibawa melawat pelbagai maklmal dan kemudahan pembelajaran yang terdapat di sekitar kampus termasuk ke makmal fisioterapi dan gimnasium yang dikendalikan oleh pensyarah dari Sekolah Fisioterapi, AUCMS.
.
Di sebelah petangnya, satu perlawanan persahabatan bolasepak di antara pasukan AUCMS dan pasukan KFA diadakan. Perlawanan bermula pada jam 5.30 petang di Staduim Kompleks Sukan MPSP, Kepala Batas. Perlawanan di antara pasukan AUCMS dengan ahli Akademi Bolasepak KFA yang terdiri dari remaja bawah 17 tahun berlangsung dengan amat sengit. Keputusan akhir perlawanan walau bagaimanapun memberikan jumlah gol 3-3.
.
Perlawanan tersebut dianggap amat berjaya kerana telah memberi peluang kepada para pemain AUCMS meningkatkan tahap permainan mereka. Peningkatan pemain amat ketara terutamanya dari segi kematangan dalam permainan dan persefahaman antara pemain. Sokongan padu dari pelajar dan staf AUCMS pada perlawanan tersebut juga banyak membantu dalam menaikkan semangat para pemain untuk beraksi cemerlang.
.
Artikel dari Khairal Afiq Jamal
{yoogallery src=[/images/stories/kfa/] width=[100]}

