WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS Beri Insentif Kepada Lapan Staf Yang Lama Berkhidmat

Print
DSC_0700Institusi pendidikan perubatan terkemuka, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) memilih lapan pekerjanya yang berkhidmat antara lima dan 10 tahun untuk menerima insentif atas kesetiaan mereka bertugas di AUCMS.

Presiden AUCMS Prof Datuk Dr Zainuddin Wazir berkata mereka akan diberikan ganjaran berupa pakej menunaikan umrah bagi yang beragama Islam dan wang yang setimpal dengan pakej tersebut kepada yang bukan Islam.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, AUCMS memperuntukkan sebanyak RM42,000 tahun ini sebagai Skim Ganjaran Anugerah Perkhidmatan Lama yang diluluskan pada tahun 2009 itu.

"Ia adalah satu pengiktirafan kepada kakitangan AUCMS yang telah lama bekerja dan dengan adanya anugerah itu, ia diharap dapat menyuntik semangat kakitangan lain untuk lebih dedikasi dan setia bersama kolej universiti ini," katanya.

Sementara itu, Dr Zainuddin turut berterima kasih kepada pihak media yang memainkan peranan penting dalam menaikkan nama AUCMS.

Katanya media merupakan salah satu medium yang menyambungkan AUCMS dengan pihak luar dan tanpa media, tidak mungkin kolej universiti itu memiliki jumlah pelajar yang ramai.

"AUCMS akan sentiasa menghargai jasa baik media dan berharap hubungan media dan kolej universiti itu akan terus dikekalkan," katanya.

AUCMS yang sebelum ini dikenali sebagai ACMS, ditubuhkan sejak 2002 dan merupakan salah satu kolej universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi serta memfokuskan kepada pendidikan perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

Setakat ini, AUCMS mempunyai empat fakulti yang menyediakan pelbagai kursus kepada para penuntut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, matrikulasi dan setaraf dengannya iaitu Fakulti Perubatan, Kejururawatan, Fisioterapi dan Sains Bersepadu.
Sumber - Bernama

{AG thumbWidth="90" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="date" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="1" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="100" albumUse="1" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="slimbox"}2012 Dinner{/AG}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -