WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS Lanjutkan Tempoh Pendaftaran Untuk Program Ijazah Sarjana Muda

Print

DSB_0010Institusi pendidikan perubatan, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), melanjutkan tempoh pendaftaran bagi program Ijazah Sarjana Muda Perubatan AUCMS (MD AUCMS) sehingga 21 Nov ini.

Naib Canselor AUCMS Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak berkata ia berikuatan sambutan menggalakkan dan permintaan daripada orang ramai untuk mengikuti program berkenaan.

Lanjutan itu juga bagi memenuhi kuota pengambilan sebanyak 150 orang pelajar, katanya pemberita pada majlis penutupan Kem Pembangunan Kendiri dan Profesional MD AUCMS di Hutan Lipur Bukit Hijau, dekat sini, Khamis malam.

"Sehingga kini sebanyak 40 pelajar sudah berdaftar dan masih lagi ada kuota boleh diisi dan kita menjangkakan lebih 100 pelajar akan mendaftar sehingga 21 Nov ini," kata Mohamad.

{AF}Mereka yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman web www.allianzeunicollege.edu.my , talian bebas tol 1 800 88 2015 , e-mel kepada atau sms AUCMSENQNama,Kursus dan hantar ke 36828, atau datang ke kampus di Kepala Batas.{/AF}

AUCMS yang sebelum ini dikenali sebagai ACMS, ditubuhkan pada 2002 dan memberi fokus kepada pendidikan perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

Ia kini mempunyai empat fakulti yang menyediakan pelbagai kursus kepada penuntut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi dan setaraf dengannya iaitu Fakulti Perubatan, Kejururawatan, Fisioterapi dan Sains Bersepadu.

Kelayakan bagi menyertai program itu ialah memperoleh sekurang-kurangnya tiga kredit dan terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pembiayaan diuruskan oleh ACMS.


--
BERNAMA

{AG thumbWidth="90" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="date" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="0" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="100" albumUse="0" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="slimbox"}Intake AUCMS/PPD Camp{/AG}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -