Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah doktor dan pakar perubatan di Malaysia masih belum mencukupi apabila nisbahnya ketika ini hanya sekadar seorang doktor bagi 900 pesakit.
Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah yang sepatutnya adalah seorang doktor bagi 600 pesakit.
Justeru, menurutnya berkata, negara masih memerlukan lebih ramai doktor dan pakar perubatan bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa agar perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada rakyat lebih berkualiti.
"Berdasarkan fakta ini, saya amat mengalu-alukan sumbangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melahirkan lebih ramai graduan berkualiti dalam bidang perubatan sekali gus memenuhi permintaan perkhidmatan kesihatan negara.'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Dana Pendidikan Perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) 2011 di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden AUCMS, Profesor Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir.
{AF}Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, inisiatif AUCMS menyediakan dana untuk pelajar-pelajarnya wajar dicontohi oleh IPTS yang lain........Baca Selanjut{/AF}
Melalui dana itu, katanya, para pelajar yang layak akan dapat menikmati kemudahan biasiswa dan pinjaman pendidikan tanpa perlu bergantung kepada dana yang disediakan oleh kerajaan semata-mata.
"Saya percaya usaha murni seperti ini pastinya akan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mengikuti pengajian dalam jurusan perubatan dan terus berkembang sejajar dengan keperluan negara,'' katanya.
.
http://www.youtube.com/watch?v=ROAt0yIljHs
.
Di dalam ucapannya, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan memastikan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar sosial berpeluang menikmati pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.
"Untuk mencapai hasrat ini, kerajaan telah menyusun pelan transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan negara, bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke tahap pengajian tinggi,'' katanya lagi.
{AG thumbWidth="85" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="date" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="0" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="50" albumUse="1" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="slimbox"}Dana2{/AG}

