WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Formula Jaya

Print

DSC_0067-2Berbeza dengan pelajar cemerlang lain yang lebih gemar belajar secara berkumpulan, penerima Anugerah Tuanku Canselor Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) Nor Fatihah Endut, pula mempunyai pendekatan berbeza untuk mencapai keputusan cemerlang.

Nor Fatihah, 22, dari Marang, Terengganu, berkata, dia lebih gemar mentelaah pelajaran bersendirian.

“Belajar bersendirian dapat memberi fokus yang penuh kepada saya ketika mengulang kaji pelajaran, itulah rahsia dan pendekatan yang saya amalkan sepanjang belajar di sini sekali gus mencapai keputusan cemerlang.

“Kejayaan saya ini juga adalah hasil bantuan serta dorongan keluarga serta pensyarah yang kerap membantu selain persekitaran di AUCMS membantu kerana kami disediakan dengan pelbagai kemudahan yang canggih serta sesuai,” katanya yang menamatkan pengajian Diploma Fisioterapi.

Anugerah disampaikan Canselor AUCMS yang juga Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang turut berkenan merasmikan Konvokesyen AUCMS, semalam. Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama, Presiden AUCMS, Datuk Dr Zainuddin Wazir dan Naib Canselor AUCMS, Prof Datuk Dr Mohamad Abd Razak.

Dalam majlis konvokesyen AUCMS yang pertama itu, seramai 186 pelajar menerima diploma masing-masing iaitu bagi program Diploma Farmasi, Diploma Fisioterapi dan Diploma Kejururawatan.

Bagi penerima Anugerah Tertinggi Akademik, Ooi Bee Hong, 31, usia tidak menghalangnya melanjutkan pengajian ke AUCMS dalam program Diploma Fisioterapi beberapa tahun lalu.

“Saya tidak kekok berkomunikasi dengan rakan lain walaupun mereka lebih muda, malah kami boleh bekerjasama dengan baik,” katanya yang menerima tajaan sebuah hospital untuk melanjutkan pengajian ke AUCMS.

Dua lagi pelajar yang menerima Anugerah Tertinggi Akademik pada majlis itu adalah R Sasikala (Diploma Fisioterapi) dan Noordiyana Izyanti Mohamad Saufi (Diploma Farmasi).

Sumber : myMetro

{AG thumbWidth="100" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="name" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="1" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="100" albumUse="1" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="fancybox"}Convo{/AG}

 

Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -