WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Pelajar Cemerlang AUCMS Lebih Selesa Belajar Bersendirian

Print
DSC_0187-1Belajar secara berkumpulan mungkin lebih berkesan bagi kebanyakan pelajar, namun tidak bagi Nor Fatihah Endut, penerima Anugerah Tuanku Canselor Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), lebih gemar mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

Nor Fatihah, 22, yang berasal dari Marang, Terengganu, berkata beliau lebih selesa belajar bersendirian tanpa sebarang gangguan daripada orang lain kerana ini membuatnya lebih fokus dan mudah faham.

"Rakan-rakan lain lebih suka belajar beramai-ramai, saya lebih senang belajar sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di sini selepas menerima Diploma Fisioterapi pada majlis konvokesyen pertama AUCMS Khamis.

Seramai 186 pelajar menerima diploma masing-masing pada konvokesyen itu yang disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, selaku Canselor AUCMS.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama, Presiden AUCMS, Datuk Dr Zainuddin Md Wazir dan Naib Canselor AUCMS, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak.

Pada majlis itu juga, tiga pelajar menerima Anugerah Tertinggi Akademik. Mereka adalah Ooi Bee Hong (Diploma Fisioterapi), R Sasikala (Diploma Fisioterapi) dan Noordiyana Izyanti Mohamad Saufi (Diploma Farmasi).

Terdahulu, Zainuddin berkata AUCMS akan memperkenalkan 20 program baru Diploma dan Ijazah dalam tempoh terdekat.
Sumber - Bernama

{AG thumbWidth="100" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="date" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="1" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="100" albumUse="1" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="pirobox"}Convo{/AG}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -