WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Canselor pertama AUCMS

Print
pix_gal0
KANGAR: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik sebagai Canselor pertama Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), sebuah universiti berasaskan pendidikan kesihatan dan sains berpangkalan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Baginda yang sebelum ini menyandang jawatan presiden pusat pengajian itu ketika ia masih berstatus kolej, menerima watikah pelantikan itu dalam satu majlis khas di Istana Arau, di sini.

Walaupun serba ringkas, upacara pelantikan baginda Raja Puan Muda Perlis sebagai Canselor AUCMS tetap diatur secara penuh gemilang, bersesuaian sekali dengan titik sejarah yang baru dirangka.

Majlis bermula dengan pemakaian jubah canselor kepada baginda Raja Puan Muda Perlis, sebelum cokmar AUCMS diarak masuk oleh bentara dengan diiringi pegawai utama universiti.

Cokmar kemudian diserahkan kepada Presiden AUCMS, Datuk Dr Zainuddin Wazir untuk dipersembah perkenan kepada Tuanku Canselor, sebelum disampaikan kepada Naib Canselor AUCMS, Prof Datuk Dr Mohamad Abd Razak.

Zainuddin ketika ditemui berkata, pelantikan Raja Puan Muda Perlis sebagai Canselor pertama menitik satu lagi detik bersejarah dalam kalendar penubuhan universiti, apatah lagi pada tahun ini AUCMS buat pertama kali akan mengadakan majlis konvokesyen pada 6 Oktober ini.
“Saya amat bersyukur dengan pelantikan ini dan bagi pihak seluruh kakitangan dan pelajar AUCMS kami rasakan pemilihan Raja Puan Muda Perlis sebagai paling tepat kerana baginda mempunyai sifat dan keperibadian amat tinggi serta sesuai sekali untuk dicontohi anak muda kini,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Raja Puan Muda Perlis, Zainuddin berkata, baginda banyak berjasa dan menyumbang kepada perkembangan AUCMS, termasuk mengambil berat terhadap perkembangan universiti sejak ia ditubuhkan.

Sebagai presiden pertama AUCMS, katanya, baginda banyak membuka jalan dan memberi segala galakan serta dorongan untuk mencorak dan seterusnya memacu hala tuju AUCMS sebagai sebuah universiti berasaskan pendidikan kesihatan dan sains.

“Kita banyak mencapai kejayaan di bawah naungan baginda baik ketika bergelar kolej, sehinggalah selepas dinaik taraf kepada kolej universiti. Malah, bilangan pelajar AUCMS mencecah 3,000 orang dengan 340 kakitangan,” katanya

Sumber - Berita Harian
{AG thumbWidth="80" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="date" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="1" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="100" albumUse="1" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="pirobox"}1stjulyintake2010{/AG}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -