WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Tuisyen percuma kepada 100 sekolah

Print
DSC_0181KEPALA BATAS – Institusi pendidikan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) memilih 100 buah sekolah di kawasan Seberang Perai di sini untuk mengadakan kelas tuisyen bagi membantu pelajar mencapai keputusan lebih baik dalam peperiksaan.

Presiden AUCMS, Datuk Dr Zainuddin Md Wazir berkata, pembiayaan tuisyen secara percuma itu bagi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Katanya, kelas tuisyen yang melibatkan mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris itu merupakan salah satu program khidmat masyarakat AUCMS kepada penduduk setempat.

"Sasaran kita adalah pelajar daripada kumpulan yang dilihat mampu mendapat keputusan yang lebih baik jika diberi kelas tambahan kepada mereka.

"Kita juga tidak mengehadkan jumlah pelajar atau memperuntukkan sebarang kos sebaliknya akan memberi kelas tuisyen percuma kepada mereka agar mencapai keputusan cemerlang,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran ACMS di sini hari ini. – Bernama.

{ppgallery}/stories/tiusyen/{/ppgallery}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -