Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Canselor Allianze University College of Medical Sciences
Submitted by Azmi Abdul Aziz
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis dilantik menjadi Canselor Allianze University College of Medical Sciences yang pertama berkuatkuasa mulai 28hb September 2011. Perlantikan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis adalah berdasarkan penglibatan aktif Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dalam pembangunan bidang pendidikan di negara ini. Malah penglibatan baginda dalam Allianze University College of Medical Sciences secara langsung dan tidak langsung sejak sekian lama telah menyumbang kepada kemajuan universiti ini.
Upacara penyerahan watikah perlantikan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Allianze University College of Medical Sciences yang juga merangkap Presiden di Bilik Hijau, Istana Arau, Perlis. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pro Canselor Dato’ Dr. Chan Kok Ewe, Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pemangku Timbalan Naib Canselor Dato’ Dr. Zahari Che Dan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datin Faridah Mohd Nazir , Pendaftar Encik Basir Elon dan beberapa pegawai utama Allianze University College of Medical Sciences.
{yoogallery src=[/images/stories/rasmi/] width=[100]}