Majlis sambutan pada kali ini diserikan dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Raja Puan Muda Perlis turut berangkat mencemar duli menghadiri majlis aidilfitri bagi memeriahkan majlis pada tahun ini.
Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini dihadiri oleh seramai kira-kira 2000 warga Allianze University of Medical Sciences. Acara dimulakan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu aidilfitri, ketibaan tetamu kehormat dan diikuti dengan jamuan makan. Pelbagai juadah istimewa dihidangkan seperti lemang, ketupat, satay, rendang, nasi himpit dan berbagai-bagai lagi. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan persembahan nasyid, nyanyian dan tarian. Kumpulan The Voice dan Steps yang terdiri dari mahasiswa university ini telah menghiburkan para jemputan dengan mendendangkan koleksi lagu-lagu terbaik Hari Raya. Presiden, Dato Dr. Zainuddin Md Wazir dalam ucapannya telah menerangkan rasional pemilihan tema majlis pada tahun ini iaitu “Transformasi Ke Arah Kecemerlangan”. Semua tetamu kehormat yang hadir telah berkenan bersama-sama merasmikan majlis pada hari itu.
Majlis berakhir pada jam 7.00 petang dengan rata-rata jemputan yang hadir melahirkan rasa gembira dengan hidangan dan sambutan majlis yang dianjurkan pada kali ini.
{yoogallery src=[/images/stories/raya2011/] width=[100]}

