WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Majlis Berbuka Puasa AUCMS 1432H/2011M.

Print
DSC_0015Baru-baru ini Allianze University College of Medical Sciences telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi tahun 1432H/2011. Majlis berlangsung di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ianya di hadiri oleh lebih 2000 orang tetamu termasuk pelajar dan warga kerja AUCMS.

Majlis berbuka puasa ini lebih bermakna kerana telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman B. Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff. Turut menjadi tetamu kehormat pada malam itu ialah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis

Majlis berbuka puasa dan makan malam pada kali ini masih berkonsepkan makan bersila seperti yang diadakan pada tahun lalu. Konsep makan bersila yang diilhamkan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis diterapkan lagi pada tahun ini kerana ianya mendapat sambutan baik dari para tetamu. Ianya telah mengembalikan nostalgia pada ramai tetamu kepada amalan berbuka puasa yang di adakan di surau dan masjid di negara kita sejak zaman dahulu. Malah ramai dikalangan tetamu warga asing yang hadir teruja dengan konsep makan bersila dalam kelompok dan barisan yang diadakan pada malam itu.

DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis telah berkenan mencemar duli dan melancarkan program 'Bersama Allianze University College of Medical Sciences Menerajui Pembangunan'. Selain dari itu baginda juga telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid sekitar kampus AUCMS sempena bulan penuh berkat Ramadhan al-Mubarak ini.

Majlis diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Salima iaitu Duta AUCMS serta dendangan lagu-lagu nasyid oleh Duta AUCMS bersama pelajar AUCMS. Para hadirin juga berpeluang bersolat tarawih bersama dan mendengar tazkirah yamg disampaikan oleh Dr. Asri Zainal Abidin dan Dr. Juanda Jaya.

Artikel dari En. Anas Morad

http://www.youtube.com/watch?v=klgeJXeWNbg

{AG thumbWidth="90" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="date" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="1" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="50" albumUse="0" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="pirobox"}puasa2011{/AG}


Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -