WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS komited lahir profesional perubatan

Print

wu_02.1

KEPALA BATAS 25 Mei - Lepasan sekolah yang gagal melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) pilihan masing-masing seharusnya tidak perlu kecewa kerana kini mereka mempunyai banyak pilihan untuk berbuat demikian.

Antaranya adalah Allianze College of Medical Scienses (AUCMS) di Bertam yang menyediakan kursus dalam bidang-bidang perubatan seperti farmasi, kejururawatan dan fisioterapi.

Ketua Pegawai Eksekutif AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir berkata, sebaik menamatkan pengajian di kolej itu, graduan berpeluang mendapat pekerjaan yang mencabar serta menyeronokkan.

"Mereka yang tamat belajar di kolej ini mempunyai masa depan lebih menarik," katanya selepas menyampaikan taklimat pengajian dan kerjaya kepada 59 pelajar di bawah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah di sini baru-baru ini.

Menurut Zainuddin, pihaknya sentiasa komited untuk melahirkan golongan profesional dalam bidang perubatan seperti doktor, pembantu farmasi, jurupulih anggota atau jururawat bagi mengisi kekosongan jawatan khususnya di hospital-hospital kerajaan.

Beliau berkata, setiap tahun bilangan penuntut yang diambil mengikuti bidang pengajian di AUCMS adalah kira-kira 2,000 orang.

Sementara itu Pengerusi GPMS Kedah, Zuraidi Rahim memberitahu, pihaknya sedang giat berusaha membawa lebih ramai pelajar Melayu di kampung-kampung untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

"Kami merancang untuk memasukkan seramai 5,000 pelajar dari Kedah di kolej ini mulai tahun depan.

"Diharapkan kerajaan dapat membantu usaha kami ini dengan menyediakan kemudahan pinjaman bagi membiayai para pelajar tersebut," katanya.

Sumber : Utusan

Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -