WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Rancangan Bual Bicara 'Mata Ke Hati' – Prof Dr Muhaya Mohamad

Print
31774_1286655051559_1385662637_30650354_3193818_n
Rancangan  Motivasi Bual Bicara yang dikendalikan oleh Astro ini menyaksikan Prof  Dr Muhaya Mohamad – Director Profesional & Personal Development Director Of AUCMS sebagai Pengacara Rancangan  membicarakan pelbagai topik motivasi yang menarik dan memberi mesej yang tersendiri kepada penonton. Rakaman Rancangan  13 episod ini telah berlangsung di Studio AUCMS, WMS bermula dari 22hb May 2010 – 30hb may 2010 turut diceriakan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan khas yang dibawa dari ibu kota tanahair.

Prof Dr Muhaya Mohamad merupakan wanita Melayu pertama menjadi Pengerusi Persatuan Doktor Mata Malaysia. Bagi Prof Dr Muhaya Muhamad, tugas doktor bukan hanya merawat pesakit tetapi juga berperanan untuk memberi semangat serta inspirasi kepada pesakit dan sebagai doktor Muslim perlu memiliki kebersihan rohani sebelum mampu merawat pesakit.

Prof Muhaya adalah pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menjalankan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond pada 15 September lalu. Ia adalah satu kaedah termoden dan penghasilan 'flap cornea' dengan VisuMax adalah teknik tanpa pisau sepenuhnya.

Prinsip beliau sebagai doktor bukan untuk mengejar wang ringgit dan populariti tetapi disamping merawat pesakit turut juga memberi mesej, inspirasi dan motivasi kepada masyarakat. Lantaran prinsip itulah maka wanita yang berusia 50 tahun ini cukup disayangi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan Pusat Perubatan Prince Court. Tanggungjawabnya terhadap dua pusat berkenan yang mana di HUKM, beliau masih bergelar Profesor, sementara di Prince Court menggalas jawatan sebagai Ketua Jabatan Mata dan di AUCMS beliau adalah Pengarah Pusat Pembangunan Profesional dan Personal.

Program Mata Ke Hati telah menyaksikan beberapa jemputan khas  yang didatangkan dari Ibu negara seperti Tan Sri Jins Shamsudin yang membicarakan topik Membina Aura Positif , Tan Sri Jins dilihat sebagai ikon negara yang amat berkeyakinan mengutarakan pendapat serta berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau serta bagaimana menanamkan sikap positif dalam diri individu itu. Tan Sri Rafidah Aziz pula muncul bersama Prof Dr Muhaya dengan topik Ketenangan Hidup berkongsi cara hidup serta mengupas bagaimana menangani anak-anak beliau sepanjang kerjaya beliau dan meletakkan sikap positif untuk mencapai ketenangan dalam kehidupan seharian beliau. Manakala Dato’ Aziz Satar dengan topik Baik Sangka banyak menceritakan perihal ikon negara teragung iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang meletakkan prinsip positif sebagai penyumbang kejayaan Allahyarham sendiri.

Kehadiran Angkasawan Negara Dato’ Dr Sheikh Muzaffar yang telah menggegarkan studio AUCMS membicarakan topik Anda Apa Yang Anda Fikirkan . Dato’ Dr Sheikh amat berkeyakinan berkongsi pengalaman beliau dalam mencapai cita-citanya menjadi angkasawan Negara dimana impian dan cita-cita untuk menjadi angkasawan telah pun muncul dalam dirinya semenjak beliau berumur 10 tahun lagi dan apa yang difikirkan telah menjadi kenyataan , yang penting focus dan usaha serta nilai-nilai positif dalam diri sendiri. CEO AUCMS , Dato’ Dr zainuddin Wazir  juga telah muncul di rakaman episod terakhir membicarakan Polafikir Kejayaan. Beliau turut berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan beliau sebagai Pakar Bedah Jantung dan seorang usahawan yang tidak asing lagi di Malaysia. Dato' juga berkongsi cerita dan pengalaman beliau semasa terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2008 dan bagaimana beliau tanpa gentar dan jemu meneruskan kerjaya dan usahanya.

Turut hadir di dalam rakaman – rakaman rancangan  Mata Ke Hati ini adalah pelajar-pelajar dari Sekolah –Sekolah sekitar Seberang Perai iaitu dari SMK Ahmad Said, SMK Hj Abdul Kadir, MAHAT ,Wakil –Wakil UMNO dan JKKK KG Datuk. Tidak ketinggalan juga kakitangan-kakatiangan AUCMS serta pelajar-pelajar AUCMS sendiri.

Sesungguhnya secara personal saya berpendapat rancangan  ini telah memberi sentuhan tersendiri menjentik minda penonton untuk lebih positif dan mengubah paradigma serta persepsi diri sendiri serta kepada persekitaran . Apa yang dilihat dari mata akan menjentik minda dan hati untuk mencorak sikap positif dan seterusnya menjurus kepada kejayaan hidup.

Rancangan ini dijangka akan keudara pada 16hb Jun 2010 pukul 12 tengahari setiap minggu sehingga minggu ke 13 .
{AF}http://www.youtube.com/watch?v=lFVbaSoy-r0{/AF}

 

Artikel Oleh -  Harlinda Zakaria

{AG thumbWidth="90" thumbHeight="120" thumbAutoSize="height" arrange="name" backgroundColor="ffffff" foregroundColor="808080" highliteColor="fea804" frame_width="500" frame_height="300" newImageTag="1" newImageTag_days="7" paginUse="1" paginImagesPerGallery="100" albumUse="0" showSignature="0" plainTextCaptions="0" template="classic" popupEngine="pirobox"}matahati1{/AG}

Gambar Oleh -  Helmie Mustaffa
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -