WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS Lantik Enam Artis Sebagai Dutanya

Print

 

256898_208649639178586_184122271631323_617431_1579091_oInstitusi pendidikan perubatan terkemuka, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) yang baru dinaikkan taraf sebagai kolej universiti, Rabu melantik enam artis syarikat World Event Management Sdn Bhd (WEM) sebagai dutanya.

Presiden AUCMS Datuk Dr Zainuddin Md Wazir berkata enam artis berkenaan ialah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima Habibi, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.

"Kesemua enam artis itu dipilih kerana mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan boleh dijadikan satu contoh yang baik kepada pelajar dan komuniti di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan duta AUCMS Rabu.

Beliau berkata buat permulaan mereka menandatangani kontrak selama setahun dan sepanjang tempoh berkenaan artis terbabit akan membantu mempromosikan AUCMS serta mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

"AUCMS berharap mereka dapat mempamerkan budaya positif kepada masyarakat dan ini boleh dilakukan melalui aktiviti ko-kurikulum dan khidmat masyarakat yang diberikan.

Sementara itu, Dr Zainuddin berkata AUCMS bukan saja berhasrat melahirkan graduan cemerlang bidang perubatan untuk bergelar doktor berwibawa, malah para penuntut turut dilatih menjadi pembantu farmasi, jurupulih anggota dan jururawat.

Beliau berkata AUCMS menawarkan program ijazah Perubatan AUCMS (MD AUCMS) yang dijadual memulakan sesi pengambilan pertama pada September ini.

"Kita juga sentiasa menggalakkan pelajar aktif kokurikulum untuk membentuk potensi diri selain membangunkan kemahiran insaniah," katanya.

AUCMS, yang sebelum ini dikenali sebagai ACMS, ditubuhkan sejak 2002 dan merupakan kolej universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi serta memfokuskan kepada pendidikan perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

AUCMS menawarkan beberapa jurusan peringkat ijazah antaranya bidang fisioterapi, farmasi, kejururawatan, perubatan bioteknologi, pengurusan (penjagaan kesihatan), pengurusan pelancongan perubatan (perhotelan), sains psikologi, sains (sukan dan kecergasan) dan perubatan komplementari (homeopati, Cina dan ayurveda).

-- BERNAMA

{yoogallery src=[/images/stories/afpc/] width=[100]}

Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -