WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Perlawanan Persahabatan Bolasepak AUCMS dengan Pasukan Pulau Pinang

Print
DSC_0117Satu lagi perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan di padang MARDI, Kepala Batas di antara pasukan bola sepak AUCMS dengan pasukan Pulau Pinang. Pasukan Pulau Pinang yang dibarisi pemain-pemain dari skuad Liga Perdana Malaysia, telah menunjukkan kepada pemain muda AUCMS tentang aspek persefahaman dipadang, skil individu dan mutu persembahan yang perlu diwujudkan untuk sesebuah pasukan menjadi mantap.
Pengalaman dan pengajaran ini sungguh bermakna bagi semua pemain muda ini. Mungkin tidak terlintas akan dapat beraksi menentang sebuah pasukan negeri. Seperti dijangka akan keputusan yang memihak kepada pasukan negeri, pasukan muda ini menerima seadanya. Perbezaan yang dapat dilihat dan dipelajari oleh pemain muda AUCMS ialah tertumpu dari segi aspek kemahiran asas dan kecergasan para pemain ketika dipadang. Perlawanan seperti ini, lebih kepada pendedahan kepada para pemain untuk mengenali tahap sebenar permainan bolasepak di peringkat yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, komitmen dan disiplin para pemain adalah sangat baik dan ia perlu dikekalkan untuk kemajuan pasukan bolasepak AUCMS.
Image By : IT Dept Of AUCMS
{yoogallery src=[/images/stories/bola2/] width=[100]}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -