WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS Di Sandakan, Sabah.

Print
IMG_0330
Hari ini Allianze University College of Medical Sciences berada di Hotel Swiss Inn, Sandakan untuk mengadakan sesi temuduga terbuka untuk memberi penerangan tentang peluang kerjaya dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu. Sesi penerangan yang diwawarkan dalam Radio Sabah sejak seminggu yang lalu berjaya menarik lepasan SPM untuk tampil meminta penerangan lanjut. Ramai yang hadir amat teruja dengan peluang yang disediakan oleh AUCMS kepada pelajar dari Negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fisioterapi, Farmasi, Sains Perubatan, Makmal Sains Perubatan dan Kejururawatan.

Kunjungan AUCMS ke Sandakan kali ini amat bermakna kerana Naib Canselor AUCMS Prof. Dato' Dr. Mohamad Abd Razak turut serta. Bersama Puan Norzahizan Ismail, Dato' Naib Canselor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan dan juga kunjungan ke pejabat Presiden Majlis Perbandaran Sandakan. Kunjungan Naib Canselor bukan saja membawa salam dari Presiden tetapi juga cadangan dari Presiden AUCMS untuk membuka cawangan AUCMS di Sandakan. Cadangan Presiden AUCMS mendapat sambutan baik dari semua pihak kerana Daerah Sandakan telah dikenalpasti sebagai hub pendidikan iaitu di Batu 10 Sandakan. Ini bertujuan bagi memberi kemudahan kepada penduduk pantai Timur Negeri Sabah mendapat peluang pendidikan yang terbaik.

Sandakan adalah sebuah bandar yang terletak di persisir pantai timur Negeri Sabah. Bandar ini juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah serta kawasan riadah di tepi pantai yang cantik lagi mendamaikan. Adalah tidak lengkap jika berkunjung ke Sandakan tanpa merasai keenakan masakan laut yang segar lagi lazat. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sandakan melalui sistem penerbangan utama negara memudahkan perhubungan antara penduduk ke Semenanjung Malaysia.
{yoogallery src=[/images/stories/Sandakan/] width=[100]}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -