Keningau adalah sebuah pekan kecil di selatan Kota Kinabalu. Terletak di pinggir Banjaran Crocker, perjalanan dengan kereta ke Keningau dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2.5 jam melalui jalan Kimanis. Laluan berliku melalui lereng bukit Banjaran Crocker amat mengujakan. Kira-kira 30 batu sebelum sampai ke Keningau kita akan meragas bukit yang agak tinggi dengan laluan yang sempit di beberapa kawasan. Kabus tebal meliputi lereng bukit walaupun waktu tengahari dan akan menghadkan penglihatan sekiranya kabus sangat tebal.
Keningau dikelilingi bukit dan banjaran hijau yang memukau mata memandang. Daerah ini terdiri dari empat pekan kecil iaitu Tenom, Nabawan, Sook dan Keningau. Pekan Keningau mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, pusat membeli belah, hotel serta jalan yang baik menghubungi kampung-kampung yang berdekatan. AUCMS amat bertuah kerana mempunyai beberapa pelajar yang berasal dari daerah ini dan tentunya mereka akan dapat berbakti kepada penduduk di sini setelah berjaya dalam pengajian mereka di Allianze University College of Medical Sciences.
Article by Pn Norzahizan

