WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Seminar AUCMS Bersama Guru Kaunseling Negeri Sabah (Wilayah Barat)

Print
IMG_0059Guru-guru kaunseling sekolah menengah sekitar Wilayah Barat Sabah menghadiri seminar peluang kerjaya dalam bidang perubatan dan sains bersekutu anjuran bersama AUCMS dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sempena Mesyuarat Guru-guru Kaunseling hari ini.

Seminar AUCMS bersama guru kaunseling negeri sabah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Kemanusian JPNS, En. Awang Haji MadSaid. Seminar tersebut telah memberi pendedahan mengenai peluang kerjaya dalam bidang perubatan dan sains bersekutu. Guru-guru dari kira-kira 40 buah sekolah turut menerima taklimat yang disampaikan oleh Naib Canselor AUCMS, Prof. Dato' Dr. Mohamad Abd Razak.
Semua yang hadir amat teruja dengan maklumat yang dikongsi mengenai profesion perubatan di Malaysia. Guru yang hadir adalah dari sekitar Kota Kinabalu, Sipitang, Beaufort, Ranau, Kota Marudu dan Kudat. Kebanyakannya amat bersyukur kerana dapat berkongsi pengalaman dengan pegawai-pegawai dari AUCMS terutamanya Naib Canselor AUCMS yang banyak menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai pakar bedah orthopedik.
Article by Pn Norzahizan.

{yoogallery src=[/images/stories/Seminar Negeri Sabah(Wilayah Barat)/] width=[100]}
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -