WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS perkenal empat fakulti baru September

Print
201687_192992997410917_184122271631323_507445_2256782_oAllianze University College of Medical Sciences (AUCMS), sebuah kolej perubatan swasta di utara tanah air, akan menawarkan lebih banyak program pengajian menerusi empat fakulti baru mulai September ini.
.
Presidennya, Datuk Dr Zainuddin Md Wazir berkata, kolej itu sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan untuk membuka Fakulti Sains Sukan, Perniagaan dan Pengurusan Perubatan, Hospitaliti dan Pelancongan Perubatan, dan Perubatan Tradisional.
.
Katanya, dengan penambahan empat fakulti baru itu, ia membolehkan kolej itu menarik lebih ramai pelajar iaitu sehingga 5,000 orang untuk mengikuti pengajian di AUCMS.
'
"Sekarang kita ada 2,500 pelajar sedang mengikuti pelbagai kursus dalam bidang perubatan seperti farmasi, kejururawatan dan fisioterapi dan berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima setakat ini, kami yakin jumlah pelajar AUCMS dapat ditambah sehingga 5,000 orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Fiesta Aspirasi Seni dan Usahawan AUCMS 2011 di sini semalam.
.
Dr Zainuddin yang juga pakar bedah jantung berkata, antara tarikan utama AUCMS ialah setiap pelajarnya diberi jaminan untuk mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian. – Bernama
.
Sumber - Kosmo
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -