WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS perkukuh program perubatan

Print

dsc06779_80_81enhancer_-_copy_20110123_1669746670RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berangkat menyempurnakan pelancaran logo baru Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis yang disaksikan Presiden AUCMS, Datuk Dr Zainuddin Md Wazir itu membuktikan pihaknya melangkah setapak lagi dalam meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat.

Zainuddin berkata, AUCMS bukan saja berhasrat melahirkan graduan cemerlang bidang perubatan untuk bergelar doktor berwibawa, malah pelajar dilatih menjadi pembantu farmasi, jurupulih anggota dan jururawat.

Beliau berkata, AUCMS menawarkan program ijazah sendiri iaitu Perubatan AUCMS (MD AUCMS) yang dijangka memulakan sesi pengambilan pertama pada September depan.

“Kita sentiasa menggalakkan pelajar supaya aktif kokurikulum untuk membentuk potensi diri selain membangunkan kemahiran insaniah,” katanya.

Dr Zainuddin berkata, sebagai pengiktirafan kepada pelajar aktif, AUCMS mewujudkan sistem pemberian gred kepada mereka yang aktif.

Selain itu, pihaknya juga menyediakan skim tajaan biasiswa atau rebat kepada pelajar yang cemerlang dan layak bertujuan meningkatkan penyertaan pelajar dalam kegiatan berkenaan sekali gus memantapkan kemahiran mereka.

Beliau berkata, pihaknya juga sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan lebih berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri.

AUCMS menawarkan beberapa jurusan peringkat ijazah antaranya bidang fisioterapi, farmasi, kejururawatan, perubatan bioteknologi, pengurusan (penjagaan kesihatan), pengurusan pelancongan perubatan (perhotelan), sains psikologi, sains (sukan dan kecergasan) dan perubatan komplementari (homeopati, cina dan ayurveda).

IPTS berpangkalan di Waziria Medical Square, Kepala Batas, Pulau Pinang itu menawarkan empat pengambilan setahun iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober. Pelajar berminat boleh memohon menerusi laman web menerusi alamat http://www.allianzeuniversity.edu.my atau menghubungi talian 04-5780898.

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

2011/04/06

Sumber : Berita Harian

{denvideo http://www.youtube.com/watch?v=_cGiAtLHi4Q&}

Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -