Kelab Bolasepak AUCMS telah ditubuhkan pada Disember 2010,Kelab ini bergiat aktif sejak penubuhannya melalui latihan mingguan dan perlawanan persahabatan setiap minggu.Staf yang terlibat bagi mentadbir kelab ini terdiri daripada Penasihat Kelab En. Khairal, Jurulatih 1 En Faizul,Jurulatih 2 En Zaidi Osman dan Pengurus En Masri. Mesuarat agung bagi kelab ini telah diadakan pada 10 Mac 2011. Jawatan kuasa telah dilantik bagi menyelaras urusan kelab ini.Tujuan penubuhannya bagi mengadakan aktiviti sihat dan mengeratkan silatulrahim antara warga AUCMS dengan masyarakat sekeliling.
Pasukan bolasepak AUCMS juga telah menyertai pertandingan bolasepak anjuran Akhbar Utusan dan Kosmo . Pertandingan tersebut telah berlangsung di padang Utusan Malaysia Seberang Jaya. Seramai 30 pasukan telah bertanding bagi merebut hadiah wang tunai RM 2000 berserta piala iringan. Pasukan bolasepak AUCMS ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Dato’ Dr. Zainuddin Md Wazir kerana telah menyumbangkan kemudahan dan peralatan bagi 2 pasukan yang mewakili AUCMS pada pertandingan kali ini.
{yoogallery src=[/images/stories/bolasj/] width=[100]}

