WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

500 pelajar kunjungi Hari Terbuka AUCMS

Print

_DSC8751-1KEPALA BATAS 11 Jan. - Kira-kira 500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menghadiri Hari Terbuka Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di sini baru-baru ini.

Pada program tersebut, mereka berpeluang mendengar taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian nanti.

Selain itu, mereka juga dapat melihat pameran yang disediakan berkaitan bidang perubatan dan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir berkata, pihaknya sedia melatih para remaja yang berminat untuk menjadikan bidang perubatan sebagai kerjaya mereka.

"Kami sedia untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang doktor atau jururawat terlatih dalam setiap keluarga.

"Kerjaya dalam bidang perubatan boleh menjadi satu keseronokan jika kita sendiri mempunyai minat mendalam selain gaji lumayan," katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Beliau berkata, pelajar baru boleh memilih sendiri kursus-kursus yang diminati di pusat pengajian itu.

"Kita mampu melatih hampir 10,000 pelajar termasuk dari luar negara sekiranya pelbagai perancangan berjaya, termasuk kewujudan Hospital AUCMS tidak lama lagi," kata beliau.

Sumber - Utusan

{yoogallery src=[/images/stories/openday/] width=[100]}

Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -