WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS Guna Kepakaran India Tawar Kursus Perubatan Alternatif

Print
ubattradisionalOleh P. Vijian .
NEW DELHI, 23 Nov (Bernama) -- Sebuah kolej perubatan yang berpangkalan di Pulau Pinang, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) akan menawarkan kursus perubatan alternatif menerusi satu kerjasama dengan institusi perubatan di India, dalam usahanya meningkatkan pengajian perubatan kolej itu.
.
"AUCMS akan menawarkan lebih banyak kursus perubatan dan sains kesihatan bersekutu pada 2011 dan akan mula mengadakan program diploma dan ijazah pertama perubatan alternatif.
.
"Ini meliputi perubatan homeopati, ayuverda, herba dan perubatan natural (alami)," kata Pengerusi Eksekutif AUCMS Datuk Dr Zainuddin Wazir kepada Bernama di Delhi.
.
Beliau berkata AUCMS memberikan tumpuan kepada India sebagai sebahagian program pengembangan kolej itu ke luar negara pada 2011, berikutan kejayaan mengadakan usahasama dengan institut perubatan India, Dr. DY Patil University yang beroperasi di Mumbai.
.
"Kami sedang meneroka kemungkinan bekerjasama dengan beberapa institusi pendidikan perubatan di India. Pada masa ini seramai 40 pensyarah kami adalah dari India, dan ramai lagi akan diambil berkhidmat pada masa depan," katanya.
.
Dr Zainuddin merupakan anggota delegasi Perlis, yang diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
AUCMS yang ditubuhkan pada 2002, dengan Raja Puan Muda sebagai Presiden AUCMS, sedang meneroka peluang mengadakan kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan pendidikan perubatan negara serta meningkatkan bilangan penuntut asing terutamanya India, China dan Pakistan.
.
Semasa di sini, AUCMS mengadakan perbincangan dengan Duta Republik Dominic Hans Dannenberg Castellanos bagi mengembangkan pengajian perubatan AUCMS dengan Universidad Nacional Pedro Henriquez Urena (UNPHU).
.
"Rancangan kami 2011 ini adalah menyediakan laluan kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian praperubatan, diploma sains perubatan dan sarjana muda sains perubatan untuk menyambung pengajian di UNPHU.
.
"Kami sedang melihat ke arah mewujudkan program berkembar dengan UNPHU," kata Dr Zainuddin.
Pada 2009, AUCMS menandatangani perjanjian dengan UNPHU, Santo Domingo, untuk bersama-sama mengendalikan pendidikan perubatan.
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -