WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS IPT pertama hulur bantuan kepada mangsa banjir di Perlis

Print

DSC05179

 

Lebih kurang 50 orang pelajar termasuk 5 doktor  Kolej Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) tampil untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Perlis.

Kehadiran mereka  sedikit sebanyak telah berjaya  mengurangkan beban kepada kira-kira 800 orang mangsa banjir yang kini dikumpulkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kayang, Kangar, Perlis.

Mereka yang merupakan pelajar dari kursus Farmasi, Kejururawatan dan Fisioterapi telah memberikan bantuan dari segi pemeriksaan kesihatan dan bantuan makanan.

Bersama dengan para pensyarah yang juga doktor perubatan, mereka telah mengendalikan kaunter pemeriksaan kepada golongan dewasa yang memerlukan di samping membekalkan bantuan makanan kepada 300 mangsa.

Mereka telah menjalankan pemeriksaan tekanan darah dan membekalkan ubat-ubatan bagi yang demam dan  mengalami luka ringan dan menyumbangkan makanan asasi seperti beras, minyak masak, gula, roti dan lain-lain.

Pada masa yang sama juga, pelajar tersebut yang telah diagihkan kepada beberapa kumpulan turut menghiburkan mangsa kanak-kanak dengan mengadakan aktiviti seperti peraduan mewarna dan menari.

Guru Kanan sekolah tersebut, Fitrah Osman berkata hujan yang turun sejak Isnin lalu telah mengakibatkan banjir kepada beberapa kawasan perkampungan di situ dan mereka telah mendapat arahan untuk menjadikan sekolah itu sebagai penempatan sementara kepada lebih kurang sembilan buah kampung.

“Antara kawasan perkampungan yang terlibat adalah yang tinggal berdekatan sawah padi iaitu Kampung Surau, Kampung Behor Mali, Kampung Datuk, Kampung Hutan Ibus, Kampung Seriab, Kampung Batu Hampar, Kampung Bangsal Lebah dan Kampung Titi Serong.

“Buat masa sekarang sekolah ini tidak beroperasi, sebaliknya kami telah mewujudkan satu jawatankuasa di kalangan guru-guru untuk memantau dan menguruskan keadaan mangsa banjir di sini,” katanya.

Dia juga berkata bahawa mangsa banjir di tempatkan di  blok bilik darjah  dan sementara menunggu perkakas untuk memasak, mereka hanya dibekalkan dengan makanan yang sedia untuk dimakan.

Pengarah Perkhidmatan Kesihatan AUCMS, Dr. Ismail Ahmad menyarankan agar lebih ramai  orang   datang untuk menghulurkan bantuan dari segi perubatan dan makanan.

“AUCMS akan terus memberikan bantuan kepada mangsa banjir dari aspek pengurusan perubatan dan khidmat masyarakat,” katanya untuk mengurangkan rasa beban mangsa banjir.

 

{yoogallery src=[/images/stories/banjir1/] width=[100]}


Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -