WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS dinaik taraf kolej universiti

Print

DSC00944KEPALA BATAS 26 Ogos - Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), sebuah kolej perubatan swasta terkenal di utara tanah air yang menawarkan kursus kedoktoran dan sains perubatan bakal dinaik taraf sebagai kolej universiti tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir berkata, perkembangan itu bakal menyaksikan AUCMS melalui proses penjenamaan semula selain pengenalan kepada kursus-kursus baru bagi jurusan ijazah termasuk dalam bidang kedoktoran, farmasi dan kejururawatan.

"Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa AUCMS untuk dinaik taraf sebagai kolej universiti dan kita bangga untuk menerimanya, diharap ia beri ruang lebih besar kepada AUCMS untuk menyumbang kepada masyarakat.

"Sudah tentulah ini akan membolehkan kita melalui proses penjenamaan semula selain peningkatan dari aspek infrastruktur dan menumpukan usaha menambah bilangan pelajar sedia ada," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran AUCMS di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada majlis itu, AUCMS turut melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir Pakistan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir besar yang melanda negara tersebut baru-baru ini.

Setakat ini, AUCMS menawarkan empat kursus dalam bidang perubatan kepada pelajar lepasan SPM, matrikulasi dan setaraf dengannya termasuk program Sijil Pra-Perubatan, Ijazah Perubatan, Diploma Fisioterapi, Diploma Pembantu Farmasi dan Diploma Kejururawatan.

Kelayakan bagi menyertai program itu ialah memperoleh sekurang-kurangnya tiga kredit dan terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pembiayaan diuruskan oleh AUCMS.

Zainuddin berkata, pihaknya sedang dalam proses akhir untuk memperkenalkan kursus baru termasuk Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, Fisioterapi dan Farmasi selain melakukan pengisian baru bagi kursus sedia ada.

"Berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima setakat ini, kami yakin jumlah pelajar AUCMS dapat ditambah sehingga 5,000 orang khususnya melalui sesi pengambilan sehingga hujung tahun ini dan sasaran kita ialah pelajar di sekitar Utara semenanjung," katanya.

Zainuddin yang juga pakar bedah jantung berkata, antara tarikan utama AUCMS ialah setiap pelajarnya diberi jaminan untuk mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian.

"Setakat ini, 100 peratus pelajar AUCMS yang menamatkan pengajian berjaya menembusi pasaran pekerjaan sama ada bekerja di AUCMS atau di pusat perubatan lain di seluruh negara.

"Hospital AUCMS yang kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun depan juga bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar yang bakal menamatkan pengajian kelak," tambah beliau.

Source : Utusan

{yoogallery src=[/images/stories/puasa3/] width=[100]}

Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -