WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

Majlis Perasmian Penggunaan Hospital Taiping Sebagai Hospital Latihan Bagi Program Perubatan

Print

DSC_0158

Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) hari ini mengumumkan Hospital Taiping sebagai hospital latihan bagi program perubatan usahasama AUCMS dengan National University of Ireland - National University of Galway (NUIG) and University College Cork (UCC). Upacara perasmian ini melibatkan AUCMS, Hospital Taiping dan Dekan Perubatan National University of Ireland, turut disaksikan oleh Duta Besar Ireland ke Malaysia. H. E Mr. Eugene Hutchinson. Pemilihan Hospital Taiping adalah berdasarkan beberapa “due diligence” yang telah dijalankan oleh pihak National University of Ireland di mana Hospital Taiping didapati bersesuaian sebagai tempat latihan klinikal berdasarkan kurikulum mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AUCMS, Ybhg. Dato’ Dr. Zainuddin Md. Wazir, acara ini amat penting bukan sahaja bagi AUCMS tetapi bagi negeri Perak, di mana Hospital Taiping telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari sebuah kolej perubatan universiti terkemuka dari Ireland dan juga Majlis Perubatan Ireland.  Ianya bakal meletakkan Negeri Perak sebagai satu destinasi pendidikan perubatan di peringkat antarabangsa di peta dunia.

Program ini adalah rentetan daripada memorandum usahasama (MOU) yang ditandatangani antara AUCMS - NUIG/UCC untuk menjalankan program pembelajaran berkembar (twinning) dalam bidang pendidikan perubatan – MB Bch BAO of Ireland pada 22 Januari 2009.

“Ini adalah sebagai usaha bagi menyahut seruan kerajaan agar kolej tempatan sentiasa menjalankan usaha “smart partnership” dengan universiti yang lebih terkemuka di luar negara Program ini telah mendapat kelulusan MQA dan MMC serta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri telah meluluskan agar Hospital Taiping digunapakai sebagai tempat latihan klinikal untuk siswa dan siswi program ini”, ujar beliau.

Beliau memberitahu, di bawah program berkembar AUCMS – NUIG/UCC, pelajar – pelajar akan menghabiskan lima (5) tahun untuk menjadi seorang doctor di mana mereka akan mengikuti 2 ½ tahun pengajian pra-klinikal di Ireland, baik NUIG atau UCC dan 2 ½  tahun kajian klinikal di Malaysia di bawah pengendalian AUCMS.  Pelajar-pelajar yang lulus dan tamat pengajian akan mendapat Ijazah dari University of Ireland.  Tahap kedua ini amat penting kepada pelajar-pelajar kerana ianya akan merangkumi bahagian utama latihan klinikal mereka. Pelajar akan didedahkan dengan suasana hospital sepenuhnya semasa mempelajari kemahiran klinikal yang diperlukan.

Melalui pengalaman sebegini katanya, akan menjamin bahawa doktor – doktor yang dilahirkan melalui program ini kelak bukan sahaja mempunyai kemahiran kerja yang tinggi, bahkan juga boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat Malaysia amnya.  Selepas menamatkan perkhidmatan dengan hospital kerajaan selama dua (2) tahun, mereka boleh memilih untuk terus berkhidmat di hospital kerajaan atau memilih untuk menyertai institusi swasta samada di dalam mahupun di luar negara.

“Ini adalah sejajar dengan hasrat AUCMS dalam usaha mencapai visi untuk menjadi sebuah institusi pengajian dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu yang terkemuka di dunia”, tegas beliau. Menurutnya lagi, AUCMS juga menawarkan program berkembar dengan universiti lain seperti program MD (USU), iaitu program perubatan berkembar dengan Universitas Sumatera Utara (sejak 2002) dan MD (UKM) (sejak Julai 2009).  Disamping itu,  AUCMS turut menawarkan program-program diploma dalam bidang Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi dan Sains Perubatan.

“Pelajar-pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kredit layak memohon masuk ke AUCMS melalui program diploma yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)”, tambah beliau.

Pelajar-pelajar yang berminat dan layak boleh mendaftarkan diri melalui empat (4) kali pengambilan setahun iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Mulakan langkah anda dengan memohon atas talian di http://www.AUCMS.edu.my/

Allianze College of Medical Sceinces
Tollfree: 1800 – 88 – 2015
E:
Press release - CEO Office
{yoogallery src=[/images/stories/AUCMStaiping/] width=[100]}
Image - Rizal

Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -