Program perubatan, sains diiktiraf berkualiti
AUCMS adalah antara kolej swasta yang mengendalikan program sains perubatan bagi melahirkan ramai doktor dan pakar perubatan di negara ini dan menawarkan kadar yuran berpatutan.
Di kolej ini pelajar dibekalkan pengetahuan dan pendedahan bahawa setiap program ditawarkan membuka ruang bagi setiap tenaga profesional Sains Kesihatan Bersekutu.
Berkonsep perubatan dan kemahiran profesional, AUCMS menawarkan program sijil praperubatan dan Diploma bidang Sains Kesihatan Bersekutu dan bidang pengajian dengan kerjasama beberapa universiti. Bagi mencapai sasaran status universiti sepenuhnya, AUCMS juga menyediakan kemudahan pendidikan terkini dengan menawarkan program sains perubatan bagi kaedah tradisional dan alternatif.
AUCMS juga tidak menolak kemungkinan menggunakan kepakaran PSU melalui Hospital Songklanagarind untuk membangunkan hospital sendiri di Wilayah Utara.
Dengan pembinaan dua hospital yang mampu menempatkan 1,000 katil itu dijangka mampu memperkukuhkan lagi penguasaan kolej terbabit dalam menghasilkan graduan berkualiti bagi memenuhi keperluan tenaga kerja profesional dalam bidang perubatan.
Kolej perubatan yang ditubuhkan pada 2002 ini, sebelum ini juga menjalin kerjasama dengan Universiti Sumatera Utara (USU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dua universiti di Ireland.
Malah, kolej ini banyak menerima permohonan daripada pelajar untuk mengikuti kursus praperubatan berikutan yuran amat kompetitif, selain mempunyai asrama kondusif di Putra Villa dengan pondok pengawal untuk memastikan tahap keselamatan.
Setiap tahun bilangan penuntut diambil mengikuti bidang pengajian di AUCMS adalah kira-kira 2,000 orang.
Pelajar disyaratkan menghabiskan kursus klinikal di beberapa hospital terpilih di Malaysia sejajar dengan usaha kerajaan memastikan doktor mendapat pendedahan luas mengenai perkembangan perkhidmatan perubatan negara.
Semua pelajar berpeluang mengikuti latihan amali di beberapa hospital antaranya, Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, Hospital Kulim, Hospital Langkawi, Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang dan Hospital Taiping, Perak.
Keterangan lanjut boleh menghubungi 04-5780898 atau melayari laman web http://www.AUCMS.edu.my.
Sumber - Harian

