WeveMoved_001

Click Here

or

You will be auto redirect to our new webportal in 1 second

AUCMS taja akhbar Utusan Malaysia

Print
Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), sebuah kolej perubatan swasta terkenal di utara tanah air hari ini menaja 4,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diagihkan kepada lapan buah sekolah sekitar daerah ini.

Penajaan itu bertujuan membantu tenaga pengajar di sekolah terbabit dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya melalui penerapan program Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) yang juga sisipan Utusan Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Kepala Batas, SMK Sains Mohamad Jiwa, SMK Syed Shabudin, SMK Paya Keladi, Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam, SK Kepala Batas, SK Hashim Awang dan SK Permatang Bertam, terpilih menyertai program itu.

akhbarPengerusi Eksekutif AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir menyerahkan sumbangan penajaan itu kepada Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd., Wilayah Utara, Mohd. Azman Mansor dalam satu majlis di sini.

Utusan Malaysia akan dibekalkan ke sekolah berkenaan setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

Ia adalah untuk kegunaan pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan kaedah ADaP sehingga berakhir peperiksaan itu.

Sementara itu, Zainuddin berkata, penajaan itu sebahagian daripada inisiatif pihaknya untuk mewujudkan hubungan baik antara AUCMS dengan masyarakat khususnya dalam memajukan bidang pendidikan.

Selain memenuhi tanggungjawab sosial, program seumpama itu juga, katanya, secara tidak langsung memberi informasi berguna kepada masyarakat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh AUCMS.

''Dalam hal ini, AUCMS mahu berperanan lebih aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan menyumbang secara konsisten dalam pembangunan daerah ini terutamanya dalam bidang pendidikan.

''Selain sekolah-sekolah, AUCMS turut menjalin kerjasama dengan jawatankuasa surau-surau untuk kita sama-sama mengadakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat," tambahnya.

Zainuddin berkata, interaksi yang baik dengan masyarakat akan membolehkan AUCMS memainkan peranan lebih berkesan dalam menjadikan daerah ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan khususnya di utara tanah air.
Sumber - Utusan
Developed By IT Dept Of AUCMS
Academic Inquiry - Click Here
Inquiry -