Bengkel Teknik Mengambil Nota Ringkas telah diadakan pada 19 Julai 2011, bertempat di Studio B, Waziria Medical Square. Bengkel satu jam yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya telah dikendalikan oleh Cik Zamzarina Bt Mat Yusof dan dibantu oleh Cik Azlin Bt Ani dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Objektif program ini adalah bagi pelajar mempelajari teknik mengambil nota ringkas dari kuliah. Bengkel ini juga membantu pelajar-pelajar memahami ciri-ciri nota yang efektif dan menguasai teknik mengambil nota dalam kelas serta menguasai teknik mengambil nota ringkas. Bengkel ini diharapkan akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Idea untuk mengadakan bengkel ini lahir apabila melihat para pelajar baru yang mengikuti kursus pengajian di AUCMS kelihatan kurang keyakinan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan sistem pembelajaran di peringkat universiti. Maklumbalas dari pelajar menunjukkan yang bengkel seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar baru tentang cara pembelajaran yang lebih mudah dan teratur ketika di dalam kelas.
Artikel dan gambar dari Muhammad Latif Md Mukhtar
{yoogallery src=[/images/stories/bengkelnota/] width=[100]}

