Program Mentor Mentee diwujudkan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dengan pensyarah. Di Sekolah Kejururawatan Allianze University College of Medical Sciences, program ini memainkan peranan penting dalam menghidupkan lagi semangat setiakawan dan kerjasama kumpulan diantara pelajar dan juga pensyarah. Antara aktiviti yang telah dijalankan di Sekolah Kejururawatan sejak tahun 2009 adalah lawatan sambil belajar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Seramai 34 orang pelajar dari kumpulan 4 telah terpilih untuk mengikuti lawatan tersebut. Pelbagai maklumat dan ilmu kejururawatan diperolehi oleh pelajar dalam lawatan tersebut terutamanya dari segi pengurusan wad.
Pengalaman dan pengetahuan ini amat berguna kepada pelajar sebagai persediaan menghadapi semester terakhir program Diploma Kejururawatan di AUCMS. Di samping mengadakan lawatan ke hospital beberapa aktiviti riadah termasuk perlawanan Futsal, sukaneka dan majlis makan malam di adakan di antara pelajar AUCMS dengan pelajar USM. Kesemua aktiviti tersebut telah memberi peluang kepada pelajar dari kedua-dua institusi untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Selain dari itu para pelajar juga telah dibawa melawat ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Bachok, Kelantan. Lawatan ke PUSPEN banyak member kesedaran kepada pelajar tentang bahaya pengambilan dadah. Peluang mendekati penghuni PUSPEN amat berharga kepada pelajar kerana dapat menimba pengalaman secara langsung dalam khidmat komuniti. Rangka lawatan ini telah diatur dan diuruskan oleh 5 orang pensyarah dari Sekolah Kejururawatan yang merupakan mentor kepada pelajar-pelajar tersebut.
Mentor: Madam Nor Marini Ibrahim
Mentee: Nursing Group 4 - 34 pelajar
Pensyarah Pengiring ;
1. Madam Norhayati Hamzah
2. Miss Ratna Dewi Irwan Shah
3. Madam Asmah
4. Madam Rahimah
5. Madam Haslinda Adnan
Image and article by : Zairatul Akhmar Marusin
{yoogallery src=[/images/stories/kelantan/] width=[100]}

