Para pelajar yang kebanyakan terdiri dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010 datang dari merata pelusuk negara termasuk dari Sabah dan Sarawak. Seawal jam 8 pagi para pelajar baru ditemani waris dan keluarga masing-masing telah bersedia untuk mendaftarkan diri. Pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai kaunter pendaftaran termasuk kaunter pembiayaan pelajaran dan hostel dengan teratur bagi memudahkan semua pihak.
Berita baik bagi mereka yang berminat, boleh layari laman web AUCMS, www.aucms.edu.my atau boleh berhubung di talian 04-5780898 bagi mendapatkan maklumat lengkap. Untuk kemudahan, bakal pelajar boleh memohon secara online di laman web tersebut. Pendaftaran pelajar bagi kemasukan seterusnya akan di adakan lagi oleh AUCMS pada 27 haribulan Julai dan 8 haribulan Ogos nanti. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada yang telah menjadi warga AUCMS. Selamat maju jaya!
{yoogallery src=[/images/stories/intake13july11/] width=[100]}

